Tag Archives: mesra

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia,Gaya Rambut Terkini untuk Spring / Summer 2009,Tips Penjagaan Rambut Cara Tradisional,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Gaya Rambut Sari Yanti Dan Nadia

sariyanti

Pertemuan bersama dua bintang muda yang semakin bersinar menggamatkan suasana di salon Hair Cuttery, Sooka Sentral, Kuala Lumpur. Meskipun baru pertama kali bersua muka tetapi kedua-duanya tidak menunjukkan sebarang jurang. Malah, mereka saling memuji gaya rambut masing-masing.
Manakan tidak, masing-masing memiliki gaya rambut yang berbeza. Jika model iklan dan pelakon utama drama bersiri Kisah Kaisara, Sari Yanti kelihatan anggun dan tampak ayu dengan rambutnya yang panjang mengurai, Nadia Haswani Hasnan pula bergaya funky dengan rambut keriting.
Tidak mahu terikut-ikut dengan pilihan segelintir wanita yang mengamalkan teknik meluruskan rambut (rebonding), Nadia Haswani atau mesra disapa Nadia lebih selesa mengekalkan helaian rambutnya yang ikal mayang. Jelas anak sulung daripada dua adik-beradik ini: “Saya tidak pernah rimas mengurus gaya rambut ini, malah ia seakan mencerminkan perwatakan saya yang ceria dan sempoi.
“Lagipun, saya tidak perlu duduk di depan cermin selama berjam-jam untuk berdandan atau menyikat. Selepas mandi, saya sapukan mousse rambut dan tunggu selama sejam untuk kering,” katanya sambil memberitahu, rambutnya mula keriting ketika berusia 17 tahun.

sariyanti1

WALAUPUN berambut keriting, Nadia masih boleh mempelbagaikan gaya rambutnya

Ironinya seorang wanita sanggup memperuntukkan sejumlah wang demi kecantikan rambut. Namun begitu, pemilik suara lagu, Kalut Lagi Mengarut, mempraktikkan cara tersendiri bagi memastikan rambutnya tidak rosak bagi menjimatkan kos perbelanjaan membaiki semula tekstur rambut.
Walau sesibuk mana pun, Nadia memastikan rambutnya dicuci sekali sehari bagi mengelakkan rambut berbau dan berminyak. Manakala, setiap bulan, gadis berbintang Aries ini menjalani proses rawatan rambut di salon.
Sebagai seorang selebriti, proses rawatan ini perlu bagi mengembalikan kesegaran rambut. Ini kerana rambutnya sentiasa terdedah dengan penyembur rambut yang mengandungi bahan kimia dan terdedah pada cahaya lampu yang panas ketika menjalani sesi fotografi atau menjayakan persembahan pentas.

sariyanti2

“Setakat ini, saya belum pernah mengalami kerosakan rambut yang teruk. Cuma sebelum ini, sebahagian rambut di bahagian kiri lebih pendek daripada rambut sebelah kanan. Ia gara-gara gula-gula getah terlekat di rambut dan saya terpaksa memotongnya sendiri tanpa pengetahuan ibu.
“Bercakap perihal rambut, sejak berusia enam tahun, saya begitu cenderung dalam bab dandanan. Disebabkan selalu memasang impian untuk memiliki sebuah salon dan bergelar pendandan, adik bongsu saya selalu menjadi mangsa.
“Saya akan mendandan pelbagai gaya rambut dan memotong rambutnya terutama rambut bahagian depan. Tetapi, ‘aktiviti’ tersebut terpaksa dihentikan apabila dimarahi ibu kerana merosakkan stail rambut adik (tergelak),” jelasnya yang juga berpengalaman memotong rambut ibunya sendiri.

sariyanti3

Tips mengelak kerosakan rambut

Tips mengelak kerosakan rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,

Tips mengelak kerosakan rambut

wanita

1. Jangan terlalu kerap mewarna rambut.
2. Pastikan pewarna tidak mengenai akar rambut kerana ia boleh merosakkan keadaan rambut sedia lemah.
3. Dapatkan nasihat pakar sebelum mewarna rambut.
4. Membaca arahan ditetapkan sebelum mewarna jika ingin melakukannya di rumah.
5. Jika ingin mewarnakan rambut di rumah, pastikan anda membaca arahannya terlebih dulu. Jika perlu dapatkan bantuan rakan, bagaimanapun mewarnakannya di salun lebih selamat.

Langkah rawat rambut berwarna

1. Kenal pasti jenis masalah rambut.
2. Cuci rambut menggunakan syampu khas bagi rambut berwarna.
3. Urut kepala bagi melancarkan aliran darah di kepala.
4. Cuci rambut sehingga bersih bagi memastikan tidak ada sabun tertinggal di kepala yang akan menyebabkan kelemumur.
5. Ratakan ubat khas membuang kimia di seluruh kepala dengan berhati-hati.
6. Bungkus kepala dengan plastik supaya ubat itu menyerap dengan baik pada rambut.
7. Cuci rambut sehingga bersih.
8. Letak dan ratakan serum di seluruh rambut bagi memperbaiki struktur rambut.

Faktor rambut gugur

Genetik atau keturunan.

Umur.

Perubahan hormon dalam badan, terutama selepas bersalin.

Alahan terhadap ubat-ubatan.

Serangan kulat dan bakteria.

Tekanan emosi dan diet mengejut dengan mengetepikan makanan berprotein, karbohidrat dan vitamin.

Gangguan kesihatan seperti demam panas yang mengiringi penyakit lain iaitu radang paru-paru misalnya, boleh menyebabkan rambut gugur, manakala hipertirodisme menyebabkan rambut beransur-ansur nipis.

Kesan sampingan rawatan perubatan iaitu kemoterapi bagi barah.

Pengambilan vitamin A berlebihan.

Ubat mengandungi kokain dan steroid anabolik boleh menyebabkan rambut nipis atau gugur.

Faktor persekitaran iaitu amalan mewarna, mencelup, melurus atau mengeriting rambut menggunakan cara yang kasar, salah serta terlalu berlebihan merosakkan rambut dan menyebabkannya gugur.

Penjagaan harian

Bagaimana merawat atau menjaga rambut setiap hari, membantu mengekalkan warna, selain rambut tampak lebih sihat:

1.Guna syampu khas untuk rambut berwarna.

2. Jangan lupa guna pelembap sesuai ira rambut.

3. Guna barangan mesra rambut yang berpelembap untuk mendapatkan gaya pilihan.