Tag Archives: demam

Tips mengelak kerosakan rambut

Tips mengelak kerosakan rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,

Tips mengelak kerosakan rambut

wanita

1. Jangan terlalu kerap mewarna rambut.
2. Pastikan pewarna tidak mengenai akar rambut kerana ia boleh merosakkan keadaan rambut sedia lemah.
3. Dapatkan nasihat pakar sebelum mewarna rambut.
4. Membaca arahan ditetapkan sebelum mewarna jika ingin melakukannya di rumah.
5. Jika ingin mewarnakan rambut di rumah, pastikan anda membaca arahannya terlebih dulu. Jika perlu dapatkan bantuan rakan, bagaimanapun mewarnakannya di salun lebih selamat.

Langkah rawat rambut berwarna

1. Kenal pasti jenis masalah rambut.
2. Cuci rambut menggunakan syampu khas bagi rambut berwarna.
3. Urut kepala bagi melancarkan aliran darah di kepala.
4. Cuci rambut sehingga bersih bagi memastikan tidak ada sabun tertinggal di kepala yang akan menyebabkan kelemumur.
5. Ratakan ubat khas membuang kimia di seluruh kepala dengan berhati-hati.
6. Bungkus kepala dengan plastik supaya ubat itu menyerap dengan baik pada rambut.
7. Cuci rambut sehingga bersih.
8. Letak dan ratakan serum di seluruh rambut bagi memperbaiki struktur rambut.

Faktor rambut gugur

Genetik atau keturunan.

Umur.

Perubahan hormon dalam badan, terutama selepas bersalin.

Alahan terhadap ubat-ubatan.

Serangan kulat dan bakteria.

Tekanan emosi dan diet mengejut dengan mengetepikan makanan berprotein, karbohidrat dan vitamin.

Gangguan kesihatan seperti demam panas yang mengiringi penyakit lain iaitu radang paru-paru misalnya, boleh menyebabkan rambut gugur, manakala hipertirodisme menyebabkan rambut beransur-ansur nipis.

Kesan sampingan rawatan perubatan iaitu kemoterapi bagi barah.

Pengambilan vitamin A berlebihan.

Ubat mengandungi kokain dan steroid anabolik boleh menyebabkan rambut nipis atau gugur.

Faktor persekitaran iaitu amalan mewarna, mencelup, melurus atau mengeriting rambut menggunakan cara yang kasar, salah serta terlalu berlebihan merosakkan rambut dan menyebabkannya gugur.

Penjagaan harian

Bagaimana merawat atau menjaga rambut setiap hari, membantu mengekalkan warna, selain rambut tampak lebih sihat:

1.Guna syampu khas untuk rambut berwarna.

2. Jangan lupa guna pelembap sesuai ira rambut.

3. Guna barangan mesra rambut yang berpelembap untuk mendapatkan gaya pilihan.


PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS

botak-11a

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.