Tag Archives: Rambut Kelumumur

Daun Turi Boleh Merawat Rambut

Daun Turi Boleh Merawat Rambut,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Daun Turi Boleh Merawat Rambut

daun-turi

ika sebelum ini anda dah tahu yang daun turi boleh mencantikkan buah dada, kan? Kini daun turi pun boleh digunakan untuk merawat rambut. Kalau rambut anda perang atau nampak cam tak bermaya jer, boleh cuba petua kecantikan di bawah untuk mengatasinya.

Daun turi ni sebenarnya mampu menghitamkan rambut anda supaya kelihatan lebih bermaya dengan cara;

1. Ambil segenggam daun turi.

2. Tumbuk atau kisar halus daun turi tadi.
3. Kemudian, lumurkannya pada keseluruhan rambut atau kepala anda.
4. Seterusnya, bungkus tapau rambut anda selama setengah jam. Guna “shower cap” pun boleh.

5. Lepas tu, cuci atau basuhlah rambut anda dengan air bersih.

6. Amalkan dalam 2 kali seminggu.

Jika dilakukan secara konsisten, rambut anda akan kembali bermaya. 🙂

Rambut Gugur – Petua Nak Elak

rambut gugur, melebatkan rambut, kesilapan rambut, fesyen rambut pengantin, gaya rambut, rambut moden, foto rambut, galeri rambut, rambut malaysia,  berita rambut ,  jaga Rambut, kesilapan rambut, penjagaan Rambut, rambut cantik, rambut kelumumur, rambut putus

Rambut Gugur – Petua Nak Elak

Seperti yang kita sedia maklum, mencegah itu lebih baik daripada mengubati, kan? Oleh itu, bagi anda yang sayangkan rambut tu, saya ada satu petua mencegah atau elak rambut gugur.

gambarbuahtembikaimerah

etua kecantikan ini boleh dilakukan terus kalau anda ada tembikai kat rumah tu. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Selepas anda makan buah tembikai, jangan dibuang dulu kulitnya.
2. Sebaliknya, gunakanlah bahagian kulit tembikai tu(rujuk gambar di atas) dengan menggosokkannya pada kulit kepala anda.
3. Kemudian biarkan ia meresap ke kulit kepala anda. Tunggu dalam 15 ke 30 minit dan cucilah sampai bersih.
Kalau anda nak biarkannya semalaman pun boleh. Buat sebelum masuk tidur dan keesokannya baru cuci. Gunakan shower cap atau balut dengan kain supaya tak meleleh kat bantal nanti. Karang tak pasal-pasal lak semut yang datang.
4. Amalkan petua ni hanya sekali dalam seminggu

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS,Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

PUNCA-PUNCA KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS

botak-11a

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:

* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.

* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.

* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.

* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.

* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.