Tag Archives: kulit

Kulit kepala bermasalah?

Kulit kepala bermasalah?Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Kulit kepala bermasalah?

botak


Kulit kepala bermasalah
Punca rambut gugur
Masalah gugur memang merungsingkan apatah lagi jika terdapat bahagian yang hampir menampakkan kulit kepala.rambut gugur adalah proses yang biasa dialami setiap individu dengan anggaran 70 helai sehari iaiti sebanyak segenggam tangan kecil.Bagaimanapun,anda patut mula bimbang apabila jumlah ranbut lebih banyak daripada itu.
Secara umumnya terdapat banyak sebabranbut gugur.gaya permakanan dan pencemaran alam sekitar menjadi antara punca masalah kegugur selain disebabkan genetik atau keturunan keluarga.
Pakar Rambut dan Kulit Kepala (trikologis),MARK BIRCH yang ditemui dipusat perjagaan ranbut Svenson baru-baru ini,berkat faktor keturunan adalah punca umum menyababkan keguguran rambut.Seandainya anda mempunyai ibu,bapa atu datuk yang botak,ini bermakna anda berisiko mendapat mengalami nasib sama.
“masalah keguguran rambut juga lebih kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita dengan nisbah,seorang daripada lima wanita mengalami keguguran berbanding seorang daripada tiga lelaki mengalaminya. Ia boleh mula berlaku pada usia semuda usia 15 tahun hingga 30an lagi”,katanya.
Bagaimanpun,terdapat perbezaan corak keguguran rambut antara lelaki dengan wanita.lazimnya mengalami botak secara tiba-tiba sedangkan wanita pula mengalami penipisan ranbut yang menbuat rambut kelihatan jarang. Keadaan ini dikenali sebagai Alopecia Areata iaitu disebabkan banyak folikel kulit kepala kurang matang. Puncanya diketahui tetapi ia termasuk dalam kategori masalah auto imun.
“antara punca berlakunya alopecia areata adalah akibat tekanan pasikologi kronik berpanjangan,terkejut dan tekanan terlampau.ia juga baleh berlaku akibat kecederaan kulit kepala dan berlaku jangkitan bakteria atau virus.keguguran rambut juga boleh berlaku akibat perubahan hormon semasa hamil dan alahan ke atas ubat-ubatan.
Satu lagi corak keguguran rambut dikenali sebagai traction alopecia.ia berlaku akibat tekanan melampau pada rambut akibat penggunaan produk bahan kimia dalam dandanaan rambut.tekanan terlalu lama menyebabkan rambut gugur,merosakan folikel dan memperlahankan pertumbuhan rambut lalu akibatnya terhenti,”katanya
Keguguran bercorak pseudopelade menyebabkan setompok rambut kelihatan gugur dan sesetengah orang ia menyebabkan hampir keseluruhan rambut gugur dengan beberapa helai sahaja yang tinggal.ia jarang belaku dikalangan wanita mahupun kanak-kanak dan tidak ketahui sebabnya.
Rambut gugur juga boleh berlaku akibat timea capitis (jangkitan kulat pada kulit kepala). Jangkitan ini disebarkan haiwan seperti anjing, kucing, lembu dan tikus hemsters. Kebanyakan mamalia mempunyai kulat kulit yang hidup tanpa simptom tetapi ia boleh disebarkan kepada manusia. Ia menyebabkan keguguran rambut atau rambut kelihatan seperti tunggul sehingga menampakkan kulit kepala. Keguguran rambut juga berlaku selepas bersalin, jangkitan serius, penyakit kornik, psikologi, pembedahan, ubat dan diet kurang protein juga dikenali sebagai telogen effluvium.
Katanya mereka yang bermasalah rambut gugur perlu mendapatkan rawatan sewajarnya dengan mengenalpasti punca sebenar termasuk faktor keturunan disamping mengubah gaya hidup seperti permakanan, rambut perlu dijaga dengan sebaiknya.
Oleh kerana hampir 90% rambut diperbuat daripada kompenen protein, asid amino. Mineral seperti zink, zad besi, kalsium dan magnesium serta vitamin A, B-kompleks, C & D baik untuk menggelakan sel keratin rambut. Bakaimanapun terlalu banyak vitamin A & D menyebabkan keguguran rambut. Ubah gaya masakan daripada mengoreng kepada kukus. Minyak membuatkan rambut kering, lemah dan mudah pecah di hujungnya. Jika anda mengunakan bahan kimia pada rambut, pastikan anda menjaganya dengan baik dengan merawat rambut.
“Pengajaan paling asas adalah dengan mencuci rambut setiap hari bagi memastikan kulit kepala sihat. Pendapat mengatakan mencuci kerap boleh mengeringkan rambut tidak benar sama sekali. Ia sama seperti membiarkan tubuh kotor selepas terdedah kepada debu, asap seperti pelbagai pencemaran lain. Kulit kepala yang bebas daripada kotor dan bekteria adalah asas rambut sihat” katanya.
Di Britian, ramai yang terlepas peluang kerja kerana mempunyai masalah rambut botak mahupun gugur. Walaupun ia sesuatu yang amat penting untuk di ambil berat, malangnya rambut bagaikan ’terpinggir’dari penjagaan kecantikan banyak orang.
INFO
Memilih syampo dan pengajaan rambut.
• Pilih syampu untuk kulit kepala yang sihat.
• Elakan syampo 2 dalam 1.
• Rambut tidak perlu disikat kecuali jika ingin mengemaskannya.
• Syampo rambut setiap hari agar kulit kepala bebas daripada pembiakan baktiria.
• Pastikan anda turut mengunakan lembapan rambut.
• Urutan 5 minit pada kulit kepala dapat merangsang folikal bagi membolehkan pengeluaran rambut baru.
• Buat rawatan kulit kepala sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Petua Melebatkan Rambut

Petua Melebatkan Rambut,Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Petua Melebatkan Rambut

rambut-lebat

Siapa yang tidak inginkan rambut tebal menawan.. Bagi yang berambut nipis mari cuba mengamalkan petua melebatkan rambut nipis ini. Petua rambut lebat ini menggunakan minyak zaitun, minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk memasak sahaja banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada minyak zaitun yang boleh dimanfatkan kepada kecantikan dan kesihatan.

Petua Melebatkan Rambut

Bahan-bahan

2 sudu besar minyak zaitun

2 sudu besar minyak bijan

2biji telur

2 sudu besar santan asli

2 sudu besar minyak kelapa

Cara

  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih keran aterdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.

Petua melebatkan rambut ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.

~Selamat mencuba~ 🙂

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut,Fesyen Rambut Pengantin,Tips-gaya rambut,Gaya Rambut Selebriti Hollywood,gaya rambut, gaya rambut moden, gaya rambut cerita, gaya rambut foto, galeri gaya rambut, gaya rambut Malaysia, menunjukkan gaya rambut, gaya rambut folio, rambut gaya rambut, gaya rambut berita, acara gaya rambut, gaya rambut profil, Genetic Koleksi,fesyen rambut masa kini,gaya remaja,Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut

rambotcoli

Jaga rambut… memang setiap orang perlu menjaga rambut masing-masing dengan baik agar rambut cantik, lembut dan bersinar. Namun adakah cara penjagaan rambut anda itu betul atau ada tabiat-tabiat yang sering anda lakukan yang boleh menyebabkan kerosakkan pada rambut anda?

  • Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari

Rambut akan kelihatan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala anda menyentuh hujung rambut. Kerana itu lah kebanyakkan pakar rambut menyarankan untuk penjagaan rambut yang baik adalah mencuci rambut 2-3 hari sekali. Sebab lain pula rambut anda akan kehilangan lembapan akibat terlalu kerap di cuci. Boleh saja menyemburkan dengan air sejuk dan keringkan dengan pengering rambut untuk menyegarkan kulit kepala.

  • Dawaan Bahawa Menyikat Rambut Membuatkan ia Bersinar

Memang benar.. Namun hanya dengan beberapa kali sikatan sahaja supaya dapat membutuk rambut dan menyegarkan minyak semulajadi dari akar hingga hujung rambut, Jika rambut anda di sikat berlebihan pula akan meyebabkan kerosakkan rambut dan rambut mudah patah.

  • Sering Mengikat Rambut Di Tempat Yang Sama

Tidak salah mengikat rambut namun cubalah ubah tempat2 ikatan rambut anda dan menggunakan pengikat yang elastik dan tidak mnyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu penjaagan rambut yang baik juga longgarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus.

  • Mengikat Rambut Menggukan Gelang Getah

Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak! ini lah penyebab utama rambut anda terputus.

  • Tidak Menjaga Kulit Kepala

Jangan hanya mengambil berat hanya kepada rambut anda, Kulit kepala juga penting diberi perhatian.Urut lembut kulit kepala anda untuk kelancaran peredaran darah. Boleh juga menggunakan serum khusus untuk kulit kepala. Kulit kepala yang sihat membawa pada rambut yang sihat.

Blow Dry atau menggunakan Pelurus Rambut Ketika Rambut Basah

rambotcoli1

Penyebab kerosakan rambut kerana pemanasan melampau. Blow-dryer dan pelurus rambut sepatutnya di gunakan pada rambut yang lembab sahaja. Blow dry sepatutnya hanya mengambil masa diantara 20minit dan dengan suhu yang bersesuaian supaya rambut tidak terlalu lama terdedah kepada kepanasan melampau.

  • Menghindari Penyembur Rambut

Sebenarnya penyembur rambut mengandungi polimer yang ternyata dapat menjaga kelembapan rambut. Jadi jangan takut untuk menggunakan penyembur rambut.

  • Menggunakan Sikat Yang Tidak Sesuai

Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut anda. Silap-silap boleh mematahkan rambut sahaja. Lebih panjang rambut, lebih diameter sikat yang diperlukan. Bagi menciptakan volume gunakan sikat bundar dan gunakan sikat biasa untuk rambut lembut.

  • Menutup Kelumur Bukan Merawat Kelumur

Menggunakan pelambab seperti minyak rambut dan gel bukanlah jalan penyelesaian menutup kelumumur. Kelumur adalah penyakit radang kulit kepala yang tidak berhubung kaitnya dengan kekeringan. Cara rawatan rambut kelumumur adalah dengan menggunakan syampu yang mengandungi saliclic asis zinc, selendium sulfat dan tar untuk mengurangkan kelumumur.

Tags: Jaga Rambut, Kesilapan Menjaga Rambut, Penjagaan Rambut, Rambut cantik, Rambut Kelumumur, Rambut putus